Latar Belakang
Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Bahagian Matrikulasi pada 1 September 1998 untuk penyeragaman semua Program Matrikulasi/Asasi yang selama ini dikendalikan oleh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA).
Pada sesi 1999/2000, Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia telah memulakan Program Matrikulasi bagi lulusan SPM 1998.
Mulai sesi 2000/2001, semua Program Matrikulasi kecuali UIAM dan Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia.
![]() |
| Pemandangan indah di Kolej Matrikulasi Changlun, Kedah. |
Konsep
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia merupakan program persediaan bagi pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia untuk melayakkan mereka mengikuti kursus peringkat ijazah dalam bidang Sains, Teknologi dan Sastera Ikhtisas di universiti awam dan swasta.
Tempoh pengajian prauniversiti ini mengambil masa dua (2) semester. Kurikulum program ini memberi penekanan terhadap aspek akademik dan tidak mengabaikan aspek kokurikulum.
Di samping menyediakan pelajar yang berilmu dan berketrampilan, pelajar juga perlu mempunyai ciri kualiti diri yang terpuji dan daya kepimpinan yang tinggi.
Semua pelajar program ini mengikuti sukatan pelajaran dan kaedah penilaian yang sama. Pemilihan pelajar ke universiti hanya dibuat selepas lulus Program Matrikulasi.
Tempat Pengajian
Mulai sesi 2003/2004, Program Matrikulasi dijalankan di Kolej-Kolej Matrikulasi dan Kolej MARA sahaja. Senarai Kolej Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia boleh diperoleh dalam Direktori Institut.
Bidang Pengkhususan
Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan tiga(3) jurusan pengajian:
- Sains (Kod M001)
- Perakaunan (Kod M003)
- Teknikal (Kod M007)
untuk maklumat lanjut pelajar boleh baca di ; http://www.moe.gov.my/v/program-matrikulasi.
Good luck in your SPM!

No comments:
Post a Comment