Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Friday, September 18, 2015

PETUA PELAJAR CEMERLANG DARI DR FADZILAH KAMSAH

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, 
dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  • Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan 
        dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  • Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan 
         bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  1. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  3. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat 
      1. belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  5. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  6. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  7. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  8. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  9. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  10. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  11. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  12. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  13. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  14. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  15. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar 
        (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  1. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  2. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  3. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  4. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  5. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  6. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti 
  7. membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  8. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  9. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  10. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  11. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan 
         peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  1. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan 
         perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian 
         dari orang yang lebih arif.
  1. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  2. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  3. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  4. Pelbagaikan tempat belajar.
  5. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila 
        tidak faham
  1. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan 
         isi penting dan sebagainya.
  1. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada 
akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :)

sumber; 
http://5amanahtp.blogspot.my/2010/12/35-petua-pelajar-cemerlang-dari-dr.html

Thursday, September 10, 2015

Wajah-wajah cemerlang
Oleh ADHAM SHADAN
Pelbagai riak wajah mewarnai saat-saat mendapat keputusan peperiksaan yang cukup mendebarkan.


ANAK yatim piatu Fatin Nur Atika Alias (dua dari kiri) diapit adik-beradiknya menyaksikan kejayaannya memperoleh 5A dan 5B dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Namun, Fatin mengambil keputusan untuk berkahwin kerana kesempitan hidup.


TIADA yang paling mendebarkan bagi seorang pelajar melainkan saat mereka memperoleh keputusan peperiksaan. Kepada yang berusaha bersungguh-sungguh, mungkin mereka sudah boleh menduga hasil kerja keras selama ini.
Namun, adakalanya nasib tidak menyebelahi apabila keputusan yang diperoleh tidak seperti yang dijangka. Justeru, tidak hairanlah apabila kita pernah mendengar kes-kes pelajar yang sanggup membunuh diri kerana kecewa keputusan peperiksaan mereka, walaupun hakikatnya ia tidaklah teruk.
K. KAMALA (kanan) mencium anaknya, Muneswaran Ganesan selepas diumumkan sebagai pelajar cemerlang di Kedah selepas memperoleh 15A dalam peperiksaan SPM di SMK Ibrahim, Sungai Petani, Kedah.


Debaran calon-calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2008 berakhir apabila keputusannya diumumkan minggu lalu.
Benar, banyak wajah ceria, teruja dan mengalirkan air mata kegembiraan dengan hasil keputusan yang diterima. Ini termasuklah para guru mahupun ibu bapa.
Apa yang lebih menyentuh perasaan, bukan semua calon-calon ini datang daripada latar belakang keluarga yang senang atau sempurna sifat mereka.


KEMISKINAN bukan penghalang. Nik Nur Madihah (tengah) diapit oleh bapanya, Nik Mohd Kamal Hussien dan ibu, Mariani Omar.


Namun, mereka berjaya membuktikan segala kekurangan dalam diri bukan penghalang. Bahkan, kekurangan diri tidak sesekali dijadikan penghalang jika ada semangat dan kemahuan.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 menunjukkan prestasi yang begitu memberangsangkan, manakala Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) pula ada peningkatan tetapi bilangan pelajar yang mendapat 5A berkurangan. Prestasi STAM pula mengalami kemerosotan.
Nama Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan mungkin paling diingati dalam peperiksaan SPM kali ini. Anak nelayan itu mengagumkan apabila berjaya memperoleh keputusan 19 A1 dan 1 A2. Bagaimanapun, dia kurang satu mata pelajaran berbanding pelajar terbaik SPM 2007, Azali Azlan yang memperoleh 21 A.
TE YU TATT dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak membaca keputusan peperiksaannya selepas pengumuman keputusan STPM di Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang.


Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yoke Kuan, Sekinchan, Selangor pula pasti berbangga dengan pencapaian dua pelajarnya, Lim Shu Yong dan Tan Chin Huat yang berjaya memperoleh 16 A1 bagi kesemua mata pelajaran yang diambil. Begitu juga dengan Akira Wong Neng Chun dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teong Hua, Sibu, Sarawak yang memperoleh kejayaan serupa.
G. Muneswaran dari SMK Ibrahim, Sungai Petani pula menjadi pelajar bukan Islam pertama memperoleh A1 dalam mata pelajaran Tasawwur Islam. Dia mengambil 15 subjek.
Anak bekas pelarian Vietnam, Khairina Abdullah dari SMK Sultan Sulaiman muncul sebagai salah seorang pelajar terbaik SPM di Terengganu dengan memperoleh 14 A1.
Tiga pasangan kembar juga mencuri perhatian apabila berjaya memperoleh 11 A1. Mereka ialah Rohaisha dan Rohaimina Jamil dari Negeri Sembilan, Nur Nabilah dan Nor Nabihah Mahfuz dari Selangor serta Muhammad Farid Farhan dan Muhammad Faiz Fikri Sahime dari Perak.
KIRI: Melompat kegirangan. Begitulah reaksi tiga pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Mereka ialah Phang Zie Liang (dari kiri), 20, Seow Rong Huang, 20, dan Yee Shy Huey, 19, yang memperoleh keputusan cemerlang 4A dalam peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).


Dalam kalangan pelajar istimewa, calon SPM rabun penglihatan, Mohd Shafiq Sahdon dari Sekolah Menengah Sains Kluang, Johor memperoleh 12A manakala pelajar cacat pendengaran Aghilan Narayanan dari SMK Jalan Bukit, Kajang Selangor mendapat 11A.
Walaupun terpaksa belajar menggunakan kanta dan teleskop sejak berusia lima tahun, ia tidak menghalang Nur Hidayah Daud, memperoleh 7A dalam peperiksaan SPM. Pelajar Sekolah Menengah Arab Assaiyidah Khadijah, Jasin, Melaka itu menghidap penyakit rabun silau yang serius atau dikenali nystagmus.
Pelajar Cemerlang bagi kategori Pelajar Calon Istimewa Kategori Rabun STPM, Te Yu Tatt dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pendidikan Khas Setapak pula mengundang sayu mata yang memandang apabila dia perlu melihat keputusan peperiksaannya begitu dekat.
Bagi STPM, sepuluh orang calon terbaik STPM 2008 dipilih menerima anugerah dalam satu majlis di Majlis Peperiksaan Malaysia, Bandar Baru Selayang, Selangor.
Antaranya ialah lima pelajar aliran Sains yang berjaya memperoleh A dalam kesemua mata pelajaran yang diambil. Terdapat 13 mata pelajaran keseluruhannya dalam aliran Sains.
Lim Chew Sia dari Muar terpilih sebagai pelajar terbaik bagi kategori luar bandar.
Keputusan peperiksaan-peperiksaan tersebut juga menyaksikan bahawa kecacatan atau ketidaksempurnaan fizikal bukanlah halangan untuk menggapai kejayaan


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0317&pub=Kosmo&sec=GenK&pg=gk_02.htm#ixzz3lKueB02i 
Hakcipta terpelihara 

Tuesday, May 26, 2015

JUAL NASI LEMAK JE....


Extract from someone's fb :




Hari ini wife tak sempat masak. Kami pergi kawasan kedai ada gerai makan. Ada seorang peniaga indonesia menjual nasi lemak. Saya pernah berbual dengan beliau yang datang setelah suami dapat IC merah. Beliau belajar buat nasi lemak dan masakan-masakan melayu. Kini beliau sudah mampu menggaji 2 orang pekerja. Beliau berniaga dari jam 6 petang hingga 1 pagi. Pendapatan bersih sekitar RM1000-2000 sehari.

Saya juga pernah beli lemang raya di Subang Jaya. Penjualnya Bangladesh dan saya tanyakan mereka "Bangla pun pandai buat lemang?" Mereka jawab..."ini boss Melayu punya".
Saya kurang percaya dan setelah dikorek mereka mengaku itu projek ekonomi yang mereka kongsi-kongsi. Juga belajar cara buat lemang dan rendang dari orang Melayu dan menjualnya. Mereka bergilir jaga kedai kerana mereka ada shift kerja antara kerja di tapak pembinaan dan menjual lemang. 300-500 batang lemang boleh dijual sehari dengan harga sekitar rm10-15 sebatang. Rendang pula dikira secara berasingan.
Setelah saya berbaik dengan mereka, saya dapatlah korek yang mereka berniaga dengan menyewa permit orang Melayu dan mereka akan lakukan apa-apa sahaja untuk dapatkan IC merah. Kemudian sekeluarga mereka akan turut ditaja.
Mereka ini semua sangat rajin berusaha. Saya hormati kegigihan mereka. Tidak memilih kerja dan tidak malu berniaga.
Boleh jadi, 1 hari nanti, Orang Melayu akan digaji dek Indon dan Bangla yang hari ini bekerja sebagai kuli kang meminjam permit orang kita.
Hari ini, kita jadi "Tuan Rumah" yang pandai sangat bicara tentang "ketuanan" sedangkan syarikat yang kita kerja juga tuannya ialah "orang datang". Lagi sedih, kita masih malas lagi berusaha dan sering nak salahkan orang lain.
Sama sahaja kita dengan atuk-atuk kita dulu yang melepak di warung minum teh hirup dari ceper berjam-jam sambil tengok gusti dan bersorak serta memaki hamun ahli-ahli gusti di kaca tv. Bezanya, kita tidak menonton gusti tetapi "wayang-wayang politik" yang tak habis-habis. "Orang Datang" tak kisah semua itu dan terus berusaha. Mereka masih hidup senang walaupun mereka tak kenalpun nama Perdana Menteri Malaysia.
Bukan untuk jadi rasis tapi nak bangunkan Tuan Rumah yang "koma" lama. Semasa kita tersedar nanti, semuanya milik kita sudah hilang. Bangunlah...
Situasi realiti pahit
SAIFUL NANG punya fb.